Description
Jom sertai Fun Run/Walk 5KM: Colour Walk for Wellbeing
Sempena Bulan Kesihatan Mental Sedunia 2025 —
sebuah program anjuran Perak Society for Promotion of Mental Health (PSPMH) dengan kerjasama
- Kerajaan Negeri Perak
- Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh (IPGMKI)
- Yayasan Canone
- Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (WANITA Perak)
- Lembaga Air Perak (LAP)
Program ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat dan kesejahteraan komuniti dalam suasana yang ceria dan penuh warna.
Dalam masa yang sama, ia turut menjadi platform untuk memperkenalkan PSPMH sebagai pusat sokongan kesihatan mental yang dipercayai di negeri Perak, selaras dengan usaha meningkatkan kesedaran serta kepentingan penjagaan kesihatan mental dalam kalangan masyarakat.